|
MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT
|
|
PENGENALAN
Usaha Lembaga Minyak Sawit Malaysia
(MPOB) menerbitkan MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA SAWIT merupakan satu
komitmen untuk menggalakkan kesedaran kualiti khususnya dikalangan pengusaha
ladang dan pekebun-pekebun kecil.Manual ini menghuraikan tatacara penggredan
yang meliputi kaedah persampelan, kaedah penggredan, pengiraan kadar perahan
serta dokumen-dokumen yang perlu untuk penggredan.
PENDAHULUAN
MANUAL PENGGREDAN BUAH KELAPA
SAWIT ini disediakan
sebagai satu panduan praktikal untuk menggred buah kelapa sawit dikilang.
OBJEKTIF
Objektif khusus adalah :-
I.
Untuk mempertingkatkan mutu
buah kelapa sawit yang dipasarkan ke kilang
II.
Untuk mempertingkatkan kualiti
pengeluaran minyak sawit mentah Malaysia.
III.
Untuk mempertingkatkan
kecekapan kadar perahan minyak dan isirong kelapa sawit di kilang.
IV.
Untuk menentukan pembekal dan
pengilang mendapat pulangan yang setimpal.
PROSEDUR PENGGREDAN
Prosedur Persampelan: Pilih tandan secara rawak sebagai sampel daripada setiap
konsignasi yang hendak digred. Saiz sampel minima bagi konsignasi
kurang daripada 5 tan metrik ialah 50 tandan dan bagi konsignasi 5 tan metrik
atau lebih ialah 100 tandan.
Kekerapan
Penggredan: Kekerapan
penggredan bagi pembekal yang mempunyai ikatan kontrak jangka panjang ialah
1:10 lori. Jika tidak penggredan dibuat keatas semua konsignasi.
|
|
Klasifikasi Tandan:
-
Tandan Masak ialah tandan segar
yang berwarna oren kemerahan dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna
oren. Tandan ini mempunyai sekurang-kurangnya sepuluh (10) soket segar buah
relai dan lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah masih melekat pada
tandan semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar
ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai.
|

Tandan Masak
|
-
Tandan Mengkal ialah tandan segar yang berwarna oren kemerahan atau ungu kemerahan
dan mesokarpa buah lapisan luarnya berwarna oren kekuningan. Tandan ini
mempunyai kurang daripada sepuluh (10) soket segar buah relai semasa
pemeriksaan di kilang. Tandan dan buah relai hendaklah dihantar ke kilang
dalam masa 24 jam selepas dituai.
|

Tandan
Mengkal
|
-
Tandan Muda ialah tandan segar yang berwarna hitam atau ungu kehitaman dan mesokarpa
buah lapisan luarnya berwarna kekuningan. Tandan ini tidak mempunyai soket
segar buah relai semasa pemeriksaan di kilang. Soket buah relai (jika ada)
pada tandan buah muda bukan disebabkan oleh proses kemasakan biasa.
|

Tandan
Muda
|
-
Tandan Terlalu Masak ialah tandan segar yang mempunyai buah
berwarna merah tua dan lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah telah
relai daripada tandan tetapi sekurang-kurangnya sepuluh peratus (10%) buah
segar masih melekat pada tandannya semasa pemeriksaan di kilang. Tandan dan
buah relai hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas dituai.
|

Tandan
Terlalu Masak
|
-
Tandan Kosong ialah tandan yang lebih daripada sembilan puluh peratus (90%) buah
telah relai dari tandannya semasa pemeriksaan di kilang.
|

Tandan
Kosong
|
-
Tandan Busuk ialah tandan yang sebahagian atau kesemua bahagian tandan dan buah
relainya telah berubah warna kepada kehitaman, busuk dan berkulat.
|

Tandan
Busuk
|
-
Tandan Tangkai Panjang ialah tandan segar yang mempunyai tangkai melebihi 5cm diukur dari
paras terbawah tangkai tandan.
|

Tandan
Tangkai Panjang
|
-
Tandan Tidak Segar ialah tandan yang telah dituai dan
dibiarkan di ladang lebih daripada 48 jam sebelum dihantar ke kilang dan
semua atau sebahagian buah serta tangkainya telah layu. Tangkai tandan tidak
segar biasanya kering dan berwarna kehitaman.
|

Tandan
Tidak Segar
|
-
Tandan Lama ialah tandan yang telah dituai dan
dibiarkan lama di ladang sebelum dihantar ke kilang. Buah yang masih melekat
pada tandan ini telah kecut dan berwarna perang kehitaman. Tangkainya juga
telah kecut, lembut, berserabut dan warna kehitaman.
|

Tandan
Lama
|
-
Tandan Kotor ialah tandan yang lebih separuh daripada permukaan buahnya berlumpur,
berpasir,beramang dan dicampur dengan batu atau jirim-jirim asing yang lain
|

Tandan
Kotor
|
-
Tandan Kecil ialah tandan yang mempunyai buah yang kecil dan beratnya kurang
daripada 2.3 kg (5 lb).
|

Tandan
Kecil
|
- Tandan Rosak ialah tandan yang lebih daripada 30 % bahagian buahnya telah
rosak diserang oleh binatang-binatang perosak terutamanya tikus.
|

Tandan
Rosak
|
- Tandan Berpenyakit ialah tandan yang mempunyai buah yang
tidak normal dari segi saiz atau kepadatannya atau tandan yang mempunyai
lebih daripada lima puluh peratus (50%) buah ‘parthenocarpic’
|

Tandan
Berpenyakit
|
-
Tandan
Dura ialah tandan segar yang buahnya mempunyai
ciri-ciri seperti berikut :
- Tebal
tempurung
- 2-8 mm
- Nisbah tempurung dengan buah - 25-50 %
- Nisbah mesokarpa dengan buah -
20-60 %
- Nisbah isirong dengan
buah
- 4-20 %
- Tiada gelung serabut di sekeliling biji
|

Tandan
Dura
|
- Buah Relai ialah buah yang berwarna oren
kemerahan yang gugur daripada tandan segar kerana masak. Buah relai
hendaklah dihantar ke kilang dalam masa 24 jam selepas tandan dituai.
|

Buah
Relai
|
- Tandan Basah adalah merujuk kepada konsignasi buah kelapa sawit yang mempunyai
kandungan air yang berlebihan.
|

Tandan
Basah
|
|
KAEDAH PENGGREDAN
Sampel tandan buah kelapa sawit yang
telah dipilih akan digred bagi menentukan mutu tandan dan kadar perahan yang
boleh diberi kepada pembekal. Aktiviti-aktiviti yang perlu dibuat semasa
penggredan adalah seperti berikut :
· Pemeriksaan dan penilaian mutu tandan
· Pengiraan penalti bagi tandan tidak bermutu
· Penetapan kadar perahan asas
· Pengiraan kadar perahan digred
Pemeriksaan dan Penilaian Mutu
Tandan
1. Kerja Penggredan buah kelapa sawit hendaklah
dilakukan di hadapan pembekal atau wakilnya seperti pemandu atau kelendan
lori.
2. Lori yang dipilih untuk digred hendaklah
diarah untuk menurunkan muatannya ke atas platform berhampiran ‘loading
ramp’. Pastikan tandan-tandan itu dalam keadaan rata, yakni tidak berlonggok
atau berlapis.
3. Bilang jumlah tandan konsignasi tersebut dan
kira berat purata tandan mengikut formula seperti berikut : Berat Purata
Tandan = Berat Muatan Bersih (kg)Mengikut Tiket Timbang / Jumlah Bilangan
Tandan
4. Daripada jumlah tandan ini, pilih secara rawak
sebanyak 50-100 tandan sampel dan asingkan daripada tandan-tandan baki yang
lain. Pemilihan saiz sampel minimum hendaklah berdasarkan kepada berat bersih
konsignasi.
-
Kelaskan sampel tandan-tandan tadi
kepada 5 kumpulan seperti berikut :
· Tandan Masak
· Tandan Mengkal
· Tandan Muda
· Tandan Kosong
· Tandan Busuk
6.
Rekodkan bilangan dan
peratus tiap-tiap kumpulan tandan tersebut ke dalam Borang Penggredan seperti
di LAMPIRAN I. Jumlah peratusan bagi 5 kategori
mutu tandan tersebut mestilah genap seratus peratus (100%).
-
Gred dan kelaskan sekali lagi kesemua
sampel tandan tersebut kepada 5 kumpulan seperti berikut :-
· Tandan Tangkai Panjang
· Tandan Kotor
· Tandan Dura
· Tandan Lama
· Tandan Basah.
8.
Dokumen-dokumen yang
diperlukan dalam kerja penggredan ialah Borang Penggredan (LAMPIRAN I), tiket timbang dan dokumen perjanjian
dengan pembekal (jika ada). Pastikan hanya bekalan buah kelapa sawit daripada
pembekal yang mempunyai lesen MPOB yang sah sahaja diterima untuk digred.
Pengiraan Penalti Ke Atas
Tandan Tidak Bermutu
- Tandan buah kelapa sawit yang tidak bermutu
seperti di bawah akan dikenakan penalti mengikut sistem diskaun seperti
dalam JADUAL III hingga JADUAL XI. Penalti yang akan dikenakan
bergantung kepada keputusan penggredan seperti yang tercatat dalam
Borang Penggredan. Semak keputusan ini dengan jadual penalti (JADUAL
III-JADUAL XI) dan dari sini dapatkan nilai penalti sebenar yang boleh
dikenakan ke atas setiap kategori tandan tidak bermutu. (Rujuk Buku
Manual Penggredan Buah Kelapa Sawit).
- Konsignasi yang mempunyai kuantiti
tandan buah kelapa sawit yang tidak bermutu melebihi had maksimum yang
dibenarkan seperti salah satu di bawah :-
- Bilangan tandan kosong melebihi dua
puluh peratus (20%) atau;
- Bilangan tandan kotor melebihi tiga
puluh peratus (30%): Hendaklah ditolak dan dikembalikan kepada pembekal.
- Dari segi praktik, adalah sukar untuk
memperolehi satu konsignasi yang mempunyai tandan bermutu seratus
peratus. Oleh itu kombinasi mutu tandan untuk satu konsignasi yang
dianggap bermutu adalah seperti :-
|
|
|
Kategori Tandan
|
Had
|
|
Tandan Masak
|
> 90 %
|
|
Tandan Mengkal
|
< 10 %
|
|
Tandan Tangkai Panjang
|
< 5 %
|
|
Tandan Dura
|
0%
|
|
Tandan Kosong
|
0%
|
|
Tandan Busuk
|
0%
|
|
Tandan Kotor
|
0%
|
|
Tandan Lama
|
0%
|
|
Tandan Basah
|
0%
|
|
|
|
Penetapan Kadar Perahan Asas
Kadar Perahan Asas ialah kadar perahan teoritikal yang juga
merupakan kadar perahan maksimum minyak dan isirong kelapa sawit. Kadar
Perahan Asas boleh ditentukan dengan dua cara, iaitu berdasarkan umur pokok
atau berdasarkan berat tandan.
- Penetapan Kadar Perahan Asas
Berdasarkan Umur Pokok.Kadar Perahan Asas boleh ditentukan berdasarkan
umur pokok, sekiranya maklumat mengenai tahun tanam diketahui. Sila
rujuk JADUAL I. Kaedah ini sesuai untuk kilang-kilang yang memperolehi
bekalan buah kelapa sawit daripada ladang sendiri
- Penetapan Kadar Perahan Asas
Berdasarkan Berat Tandan. Kaedah ini sesuai untuk kilang-kilang yang
memperolehi sumber bekalan buah kelapa sawit daripada ladang-ladang luar
atau peniaga yang tidak diketahui tahun tanamnya. Sila rujuk JADUAL II.
Berat purata tandan boleh dikira dengan membahagikan berat muatan bersih
(seperti yang tercatat dalam tiket timbang) dengan jumlah bilangan
tandan
Pengiraan Kadar Perahan Digred
- Kadar perahan digred ialah kadar
perahan minyak dan isirong yang boleh diberi kepada seseorang pembekal
setelah penggredan dibuat keatas mutu tandan buah kelapa sawit tersebut
dan dikira mengikut sistem diskaun seperti berikut;
Kadar Perahan Digred = Kadar Perahan Asas - Penalti
- Kadar perahan digred hendaklah
dicatatkan dalan Borang Ringkasan Penggredan Bulanan seperti di Lampiran 11 untuk tujuan pembayaran kepada
pembekal.
|
|