LEMBAGA MINYAK SAWIT MALAYSIA

   TANGGUNGJAWAB PEMEGANG LESEN 

 

globe1.gif (16656 bytes) Bayaran Ses Minyak Kelapa Sawit

globe1.gif (16656 bytes) Penyata Bulanan

globe1.gif (16656 bytes) Menyelenggara Rekod Harian

globe1.gif (16656 bytes) Perubahan Perkongsian, Ekuiti dan Lembaga Pengarah

globe1.gif (16656 bytes) Mempamerkan lesen

globe1.gif (16656 bytes) Penggunaan MPOB L3 untuk mengalih minyak kelapa sawit  

globe1.gif (16656 bytes) Pendaftaran Kontrak

globe1.gif (16656 bytes) Kawalan Mutu

 

 

TANGGUNGJAWAB PEMEGANG LESEN DIBAWAH PERUNDANGAN MPOB

 

  • Bayaran Ses Minyak Kelapa Sawit

Ses Suku Tahun

Pembayaran ses oleh kilang kelapa sawit dan kilang isirong kelapa sawit hendaklah diterima oleh Lembaga tidak lewat dari hari ke 28 setiap suku tahun kalendar keatas minyak kelapa sawit dan minyak kelapa sawit yang dihasilkan pada suku tahun sebelumnya

Ses Bulanan (Ses Tambahan)

Bayaran ses hendaklah dibuat tidak lewat daripada hari terakhir setiap bulan dalam sesuatu tahun takwim atas minyak sawit mentah yang dikeluarkan dalam bulan yang sebelumnya.
  • Penyata Bulanan

Semua pemegang lesen kecuali pekebun kecil dikehendaki menyerahkan penyata bulanan  kepada MPOB tidak lewat dari hari ke 7 pada bulan berikutnya. .

  • Menyelenggara Rekod Harian

Setiap pemegang lesen kecuali pekebun kecil dikehendaki menyimpan dan menyelenggara rekod harian sapertimana yang ditetapkan oleh Lembaga.

  • Perubahan Perkongsian,Ekuiti dan Lembaga Pengarah

Pemegang lesen dikehendaki memberitahu Lembaga secara bertulis sebarang perubahan keatas perkongsian,pemilikan,struktur ekuiti dan ahli Lembaga Pengarah dalam masa dua puluh satu hari  berlakunya perubahan berkenaan.

  • Mempamerkan lesen

Semua pemegang lesen dikehendaki mempamirkan lesen secara yang mudah dilihat di premis berlesen

  • Penggunaan MPOB L3 untuk mengalih minyak kelapa sawit

Setiap pengalihan minyak kelapa sawit dan asid lemak kelapa sawit hendaklah disertai dengan borang MPOB L3. Salinan kuning hendaklah disimpan oleh pemegang lesen, salinan merah oleh pengangkut yang menghantar minyak kelapa sawit dan salinan biru oleh pemegang lesen yang menerima minyak kelapa sawit berkenaan.  

  • Pendaftaran Kontrak  

Setiap pemegang lesen hendaklah mendaftar semua kontrak penjualan dan pembelian minyak kelapa sawit kepada MPOB secara elektronik, teleks, telegram atau telefon (disahkan secara bertulis) dalam masa 24 jam selepas urusniaga itu dijalankan. Sesalinan kontrak hendaklah diserahkan dan diterima oleh Lembaga dalam masa 21 hari dari tarikh kontrak.