JAMINAN MUTU MPOB 

 

GARISPANDUAN DAN SENARAISEMAK MUTU UNTUK PENGEKSPORTAN KELUARAN SAWIT MALAYSIA

     Pengenalan

     Tanggungjawab Pelbagai Pihak Di Dalam Rantaian Eksport.

     Tanggungjawab Pengeluar/Pembekal. 

     Tanggungjawab Peniaga/Pengeksport.

     Tanggungjawab Operator Kemudahan Simpanan.  

     Tanggungjawab Juruukur Keluaran Kelapa Sawit.

     Tanggungjawab Ahli-Ahli Kimia Bebas.

 

 

   Pengenalan

Tujuan garispanduan dan senaraisemak ialah untuk menggalak amalan-amalan jaminan mutu dikalangan pengeksport-pengeksport atau pembekal-pembekal minyak sawit Malaysia. Ia mengariskan tindakan dan langkah berjaga-berjaga yang perlu diambil untuk memastikan keluaran sawit menepati spesifikasi kontrak perdagangan.

Jaminan mutu boleh ditakrifkan sebagai “ kawalan proses untuk menghasilkan keluaran yang bebas dari kecacatan” . Melalui jaminan mutu , proses ini secara berterusan diteliti , ditambahbaik dan disempurnakan untuk memastikan mutu keluaran menepati spesifikasi pembeli dan perundangan. Fokus program meliputi:

·               proses pengeluaran , kecacatan keluaran dikesan dari punca dan

·               tindakan pembetulan diambil sebelum peringkat proses seterusnya.


Peranan MPOB di dalam jaminan mutu merangkumi pelbagai sektor industri; dari bahan penanaman hingga ke pusat eksport sebagai berikut:

·               untuk merekabentuk , membangun dan mewujudkan amalan –amalan jaminan mutu.

·               untuk melaksanakan pemeriksaan semula pematuhan jaminan mutu.

·               melaksanakan pemeriksaan mutu.

Oleh kerana mutu keluaran sawit merosot semasa pengendalian , pengangkutan dan penyimpanan sebelum eskport, pegawai-pegawai diberikuasa MPOB telah ditempatkan di lima (5) pelabuhan-pelabuhan utama Malaysia untuk melaksanakan pemeriksaan aktiviti-aktiviti kawalan mutu di atas.

 

  Tanggungjawab Pelbagai Pihak Di Dalam Rantaian Eksport.

Sebelum minyak sawit sampai ke pusat eksport, minyak sawit bergerak melalui  pelbagai pihak seperti peniaga dan pengeksport samada secara orang perseorangan atau berkumpulan yang melaksanakan semua peranan atau sebahagiannya.  Sektor perkhidmatan seperti operator kemudahan pusat simpanan pukal, juruukur dan ahli kimia adalah sebagai sokongan rantaian eksport. Kemudahan simpanan pukal memberi kemudahan simpanan pukal, pengendalian dan penyimpanan di tempat eksport; juruukur dan ahli kimia bebas memberi perkhidmatan pemeriksaan dan pensijilan bebas keluaran untuk menentukan kuantiti, mutu, penyeliaan pemuatan dan pengesahan yang diperlukan di dalam urusan perniagaan. 

Pihak-pihak yang terlibat adalah terikat dengan perundangan untuk melaksanakan komitmen kontrak di antara satu pihak dengan pihak yang lain secara berkesan.  Adalah menjadi polisi MPOB untuk memastikan keluaran sawit yang dieksport menepati kehendak pembeli perundangan antarabangsa. Jika rantaian obligasi dan tanggungjawab  putus atau disalahguna oleh pihak berkenaan, ia akan mengakibatkan kehilangan, pertikaian , arbitrasi atau ligitasi dan mengakibatkan kemusnahan kelancaran perdagangan keluaran sawit.

 

    Tanggungjawab Pengeluar/Pembekal.

Pengeluar mengamalkan amalan penuaian yang baik untuk memastikan hanya buah masak dituai dan dihantar ke kilang buah sawit. Kilang-kilang ini diperiksa mutu bahan mentahnya ( buah tandan segar ) dengan menggunakan “ Manual Pengreddan Buah Sawit”. Buah-buah ini diproses dengan cermat dan efisien supaya mutu minyak tidak merosot semasa proses pengekstrakan minyak. 

Adalah menjadi tanggungjawab pengeluar/pembekal untuk memastikan :-

·               mutu spesifikasi pembeli ditentukan dan disahkan sebelum pengeluaran bermula

·               proses penapisan dilaksanakan untuk mencapai spesifikasi kontrak yang dikehendaki oleh pembeli.

·               keluaran telah diuji dan disahkan oleh makmal bagi memastikan menepati spesifikasi kontrak keluaran yang diperlukan .

·               keluaran disimpan di dalam keadaan yang baik supaya mutu keluaran terpelihara sebelum dialih atau diangkut ke kemudahan simpanan pukal atau gudang di pelabuhan untuk dieksport.

·               pengalihan , pengangkutan dan pengendalian keluaran ke kemudahan simpanan pukal di pelabuhan eksport dilaksanakan dengan baik untuk memastikan mutu keluaran terpelihara. 

 

    Tanggungjawab Peniaga/Pengeksport.

Dari kilang buah , keluaran sawit disalurkan ke kilang penapis atau kilang pelumat atau kilang oleokimia . Program kawalan mutu yang ketat diimplementasi untuk memastikan mutu dikekalkan sepanjang rengkaian pembekalan dan pemerosesan keluaran.

Adalah menjadi tanggungjawab peniaga/pengeskport untuk memastikan:-

·         Semua kontrak penjualan atau pembelian didaftarkan dengan MPOB melalui telex atau telegram atau fax sebelum jam 3.00 p.m setiap hari selepas tarikh urusan; disusuli dengan satu salinan kontrak dihantar dan perlu diterima oleh MPOB sebelum 21 hari daripada tarikh kontrak.

·         Rekod stok, penjualan dan pembelian hendaklah diselenggarakan dan disimpan untuk diverifikasi oleh pegawai-pegawai yang diberikuasa MPOB.

·         Penyata bulanan stok , penjualan dan pembelian minyak sawit dihantar ke MPOB sebelum 7hb bulan pada bulan berikutnya.

·         Keluaran yang dibekalkan dihantar ke kemudahan simpanan pukal di pelabuhan sekurang-kurangnya 24 jam sebelum pengiriman/ pengeksportan dilaksanakan.

·         Minyak sawit bebas dari sebarang pencemaran dan mutunya mematuhi  standard yang diterima oleh MPOB.

·         Keluaran telah diuji di makmal dan disahkan oleh ahli kimia bebas untuk menepati spesifikasi kontrak perjualan yang dikehendaki sekurang-kurangnya  24 jam sebelum pengiriman.

·         Pengeksport membuat pengisytiharan spesifikasi mutu di dalam Borang Pengisytiharan mutu eksport atau MPOB Q1 termasuk alihan tempatan (MPOB Q2) menepati mutu kontrak penjualan dengan pembeli.

·         Sampel hendaklah dihantar ke MPOB apabila dikehendaki untuk menentukan mutu dan verifikasi.  

 

       Tanggungjawab Operator Kemudahan Simpanan

Kemudahan simpanan pukal minyak sawit dilesenkan khusus untuk penyimpanan dan memudahkan pengendalian pukal untuk tujuan eksport dan import. Adalah menjadi tanggungjawab operator kemudahan simpanan pukal untuk memastikan :

·              keluaran minyak sawit diangkut ke kemudahan simpanan dengan lori tangki masih dimeteri dengan selamat apabila sampai. Saluran paip yang digunakan untuk mengalih/menyalurkan keluaran minyak sawit adalah bersih , kering dan bebas dari sebarang kargo terdahulu sebelum digunakan . 

·              tangki yang digunakan untuk menyimpan minyak adalah kering , bersih dan bebas dari sebarang sisa kargo terdahulu sebelum digunakan untuk menyimpan minyak 

·              amalan Penyimpanan dan Pengendalian yang disyorkan oleh MPOB sentiasa dipatuhi .

·              sampel yang diambil setelah selesai pemukalan dihantar ke makmal bebas untuk menentukan mutunya 

·               mutu minyak sawit menepati spesifikasi mutu yang dikehendaki oleh pembeli sebelum pengiriman. 

·              keluaran minyak sawit disimpan bebas daripada pencemaran dan mutunya menepati standard MPOB. 

·              sampel minyak sawit yang disimpan dihantar ke MPOB apabila dan bila dikehendaki untuk penentuan mutu dan semaksemula. 

·              penyata bulanan stok, pemukalan dan penghantaran minyak sawit dihantar ke MPOB tidak lewat daripada 7hb setiap bulan berikutnya. 

·              semua rekod stok, pemukalan dan penghantaran diselenggarakan dan disimpan dengan baik untuk semaksemula oleh pegawai-pegawai yang diberikuasa MPOB.

 

       Tanggungjawab Juruukur Keluaran Kelapa Sawit.


Peranan seorang juruukur keluaran kelapa sawit bebas ialah menjalankan pemeriksaan dan pensijilan bebas bagi pemuatan dan penyeliaan sebelum dan semasa eksport . Tugas -tugas juruukur ialah menyelia pengendalian yang baik , mengukur kuantiti dan mengambil sampel representatif bagi menentukan kualiti semasa eksport.Adalah menjadi tanggungjawab seorang juruukur keluaran kelapa sawit untuk memastikan :--

·               penyeliaan dan pengukuran keluaran kelapa sawit dijalankan sentiasa mematuhi amalan yang disyorkan di dalam MPOB Standard Surveying Procedures And Practices For Palm Oil And Its Derivatives.

·               pengukuran dan pemeriksaan dijalankan mematuhi kehendak standad yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia dan badan-badan antarabangsa yang berkaitan dengan pengukuran dan pemeriksaan keluaran kelapa sawit.

·               pengukuran dan pemeriksaan hendaklah dijalankan oleh juruukur keluaran kelapa sawit yang berkelayakan iaitu lulus Peperiksaan Juruukur Keluaran Kelapa Sawit Malaysia yang dianjurkan oleh MPOB.

·               semua langkah berjaga-jaga dan tindakan yang perlu hendaklah diambil untuk mencegah sebarang perkara yang tidak diingini ke atas mana-mana pihak yang terlibat dengan pemuatan dan pemunggahan  keluaran minyak sawit dari/ke  kemudahan simpanan pukal ke/dari  dalam kapal.

·               semua peralatan dan kelengkapan yang digunakan untuk pengukuran dan persampelan keluaran kelapa sawit tidak diperbuat daripada logam kuprum, plumbum atau aloi logam kuprum dan plumbum yang boleh memudaratkan kualiti keluaran kelapa sawit. 

·                tiga kargo terdahulu dan kargo terdekat terdahulu untuk tangki kapal yang telah dipilih hendaklah seperti yang dikehendaki oleh terma kontrak pembeli. 

·               semua tangki yang diperuntukkan hendaklah bersih, kering bebas daripada sisa kargo terdahulu dan sesuai untuk penyimpanan dan pengangkutan minyak sawit.

·               semua tangki yang diperuntukkan/ditentukan  hendaklah bebas dari sebarang bahan toksik atau berplumbum samada dalam keadaan pepejal, cecair atau gas , bau atau sebarang bahan yang boleh memudaratkan kualiti minyak sawit. 

·               semua sampel yang diambil dari tangki darat atau tangki-tangki kapal hendaklah disimpan di dalam bekas yang dimeteri dengan ketat, rapi dan dilabel dengan baik sebelum dihantar ke makmal untuk dianalisis. 

·               sampel keluaran sawit dihantar ke MPOB apabila diperlukan untuk penentuan dan semaksemula kualiti . 

·               sebarang bantahan , penolakan , tidak setuju atau pengecualian ke atas sebarang konsainan yang diukur atau periksa termasuk keadaan dan kesesuaian tangki kapal hendaklah dilaporkan kepada MPOB dalam jangkamasa 24 jam melalui telek atau telefon dan satu salinan surat hendaklah dihantar kepada MPOB tidak kurang dari hari ketujuh dari tarikh pengukuran dibuat.

·               integriti dan profesionalisme seorang juruukur hendaklah sentiasa dipelihara dan dijaga pada setiap masa. 

·               semua maklumat terperinci mengenai pengukuran dan penyiasatan hendaklah direkodkan di dalam buku rekod atau didokumentasi di dalam keadaan yang mudah disemaksemula oleh pegawai yang diberikuasa MPOB dan disimpan selama dua(2) tahun dari tarikh pengukuran dibuat. 

·               rekod pengukuran berkaitan dengan kualiti, kuantiti , jenis keluaran dan perincian keadaan tangki darat dan kapal untuk setiap konsainan hendaklah disimpan dengan rapi untuk disemaksemula oleh pegawai yang diberikuasa MPOB. 

·               sebarang laporan pengukuran yang dikeluarkan kepada pelanggan hendaklah benar dan tepat mengenai pengukuran yang dibuat dan disokong dengan rekod dan dokumen. 

·               satu salinan setiap Laporan Pengukuran dihantar kepada MPOB tidak lewat dari tujuh (7) hari selepas pengukuran dibuat. 

·               penyata bulanan MPOB(EL) UK4 mengenai semua pengukuran keluaran kelapa sawit dihantar kepada MPOB tidak lewat dari 7 haribulan bulan berikutnya.  

·               maklumat masa kapal dijangka tiba ( ETA), masa pengambilan sampel, jenis kuantiti keluaran sawit, pihak yang melantiknya, destinasi, spesifikasi dan standard mutu dalam kontrak jual beli, jadual pemuatan dan maklumat berkaitan lain setiap pengukuran yang akan dikakukan tidak kurang dari dua kali sebelumtarikh pengukuran.

·               pemegang lesen hendaklah pada setiap masa mempunyai sekurang-kurangnya dua(2) orang penjawat yang berkelayakan di dalam pengukuran keluaran kelapa sawit dan diperakui oleh Peperiksaan Juruukur Keluaran Kelapa Sawit Malaysia. 

·               jika pemegang lesen ingin sub-kontrak kerja-kerja pengukuran pengukuran kepada pemegang lesen MPOB hendaklah memperoleh kelulusan daripada Ketua Pengarah MPOB. 

·               pemegang lesen hendaklah sentiasa mengemaskini rekod harian pengukuran mengikut MPOB(EL) UK3 - 8 seperti yang ditetapkan oleh MPOB di premis yang berlesen.  


Pendaftaran juruukur berkelayakan yang telah lulus Peperiksaan JuruukurKeluaran Kelapa Sawit dengan MPOB adalah sebagai langkah untuk mengawal dan meningkatkan prosesionalisme. Seorang juruukur yang berdaftar dikehendaki mematuhi Kod Etika Profesional: -  

·               seorang juruukur hendaklah memastikan tingkah laku diri dijaga untuk memelihara  maruah, pendirian dan reputasi profesion. 

·               seorang juruukur berdaftar hendaklah menjaga kepentingan awam dan negara semasa menjalankan tugas majikannya dan profesionnya.  

·               seorang juruukur berdaftar hendaklah menjalankan tugas majikannya dengan taat setia dan tidak boleh menerima sebarang pembayaran perkhidmatan kecuali daripada majikan atau dengan kebenaran majikannya.  

·               seorang juruukur berdaftar hendaklah tidak menjejaskan atau cuba menjejaskan samada secara tidak langsung reputasi profesional , propek atau perniagaan juruukur lain atau syarikat pengukuran majikannya.  

·               seorang juruukur berdaftar hendaklah sentiasa memastikan pada setiap masa  dilengkapi dengan kelengkapan, peralatan yang diperlukan dan disyorkan semasa menjalankan tugasnya dan menjaga kompeten teknikal , maruah profesional yang tinggi.

·               seorang juruukur berdaftar hendaklah tidak menjalankan sebarang pengukuran kecuali ianya bekerja dengan syarikat pengukuran yang dilesenkan oleh MPOB bagi tujuan ini.  

·               seorang juruukur berdaftar boleh delegasi sebahagian tugasnya kepada sebarang orang yang bukan juruukur berdaftar tetapi hendaklah di bawah penyeliaanya sepenuhnya dan hendaklah  bertanggungjawab ke atas kerja-kerja yang dilaksanakan oleh juruukur yang tidak berdaftar berkenaan. 

·               seorang juruukur berdaftar , melalui syarikatnya hendaklah tidak menerima pelantikan kerja jika penerimaan tugas itu akan mengakibatkan kesukaran untuknya bersikap bebas secara profesional.  

·               seorang juruukur berdaftar hendaklah tidak boleh terpengaruh dengan kepentingan pelanggan semasa menjalankan pengukuran kerana kepentingan ini menyebabkan kesukaran untuk konsisten dengan memelihara maruah, pendirian dan reputasi profesion. 

·               seorang juruukur keluaran kelapa sawit hendaklah tidak mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar dalam tugasnya  sebagai seorang juruukur berdaftar mengenai sebarang perkara yang boleh mengakibatkan maruah dan reputasi profesion terjejas.  

·               seorang juruukur berdaftar hendaklah tidak boleh mengeluarkan sebarang kenyataan akhbar samada fakta atau pendapat mengenai sebarang pertikaian di antara pihak yang menunggu keputusan timbangtara atau saman yang mana laporan pengukurannya merupakan satu isu yang relevan.  

·               seorang juruukur berdaftar hendaklah membantu seorang juruukur yang berdaftar yang lain di dalam menjalankan pengukuran bersama di antara mereka dan hendaklah tidak menyembunyikan sebarang penemuan atau maklumat pengukuran yang penting.  

 

      Tanggungjawab-tanggungjawab Ahli-Ahli Kimia Bebas.


Makmal dikehendaki menjalankan analisis sampel keluaran sawit secara bebas dan profesional dengan menggunakan kaedah yang terkini dan dipersetujuinya secara bersama. Adalah menjadi tanggungjawab seorang ahli kimia bebas untuk memastikan :

·               sampel yang diterima untuk dianalisis disimpan di dalam bekas tertutup rapat yang dilabel dan dimateri dengan selamat.

·               kaedah analisis yang digunakan untuk analisis sampel keluaran sawit adalah menurut kaedah analisis yang ditentukan oleh kontrak yang dipersetujui di antara pembeli dan penjual; atau kaedah analisis hendaklah diterimapakai samada diperingkat tempatan atau antarabangsa.

·               semua maklumat terperinci lembaran kerja atau MPOB(EL) LB 3 -9 hendaklah direkodkan dengan dakwat di dalam buku rekod dan mudah disemak oleh pegawai yang diberikuasa MPOB dan disimpan 2 tahun dari tarikh analisis dilakukan.  

·               integriti dan profesionalisme seorang ahli kimia hendaklah sentiasa dijaga

·               semua laporan analisis yang dikeluarkan kepada pelanggan hendaklah tepat, benar mengenai penganalisisan dan disokong dengan bukti rekod dan didokumentasi.

·               satu salinan laporan analisis yang dikeluarkan kepada pelanggan hendaklah dihantar kepada MPOB selewat-lewatnya 7 hari dari tarikh analisis dijalankan 

·               penyata bulanan atau MPOB(EL) LB4 mengenai semua analisis yang dilbuat ke atas keluaran sawit hendaklah dihantar kepada MPOB selewatnya-lewatnya pada 7hb.bulan berikutnya.

·               mempunyai kelayakan yang ditentukan oleh Lembaga dan hendaklah anggota kepada Institut Kimia Malaysia

·               mematuhi kaedah pengujian yang ditentukan oleh Lembaga bagi setiap parameter yang diuji.

·               mempunyai alet, radas, kelengkapan, jentera, mesin yang ditentukan dalam setiap kaedah untuk setiap parameter yang diuji dan alet, radas, kelengkapan, jentera, mesin itu, jika hendaklah ditentu ukur dan diperakui oleh mana-mana agensi yang ditentukan Lembaga..

·               memastikan semua aspek keselamatan makmal yang ditentukan oleh Lembaga dipatuhi.